Konfederasi Gaya
Konfederasi Gaya

Konfederasi Gaya

Gaya (Hangul: 가야; Hanja: 加倻; RR: Gaya, Sebutan bahasa Korea: [ka.ja]; Jawi: ‏كاي‎‎) ialah gabungan wilayah-wilayah tatanegara Korea di lembah Sungai Nakdong di selatan Korea,[1] berkembang daripada konfederasi Byeonhan pada zaman Samhan.Zaman tradisional yang digunakan oleh sejarawan untuk kronologi Gaya adalah 42–532 Masihi. Menurut bukti arkeologi pada abad ketiga dan keempat, beberapa buah kota-kota Byeonhan berkembang menjadi konfederasi Gaya, yang kemudian diilhak oleh Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Tatanegara individu yang membentuk konfederasi Gaya telah dicirikan sebagai negara kota kecil.[2] Bahan tinggalan budaya Gaya terutamanya terdiri daripada pengebumian dan kandungan barang-barang jenazah yang telah digali oleh ahli arkeologi. Ahli arkeologi menafsirkan bahawa tanah perkuburan yang dibina pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat seperti Daeseong-dong di Gimhae dan Bokcheon-dong di Busan sebagai tanah perkuburan diraja Gaya.[3]

Konfederasi Gaya

• 42–199 Suro
(pertama, Geumgwan)
• Penyerahan kepada Silla 562
Agama Agama Buddha, Kepawangan
Bahasa lazim Bahasa Gaya
• Pengasasan 42
Era sejarah Purba
Hari ini sebahagian daripada Korea Selatan
Kerajaan Monarki
• ?-562 Doseolji
(terakhir, Dae)